CHATROLL UTARAFM

RADIO ONLINE SABAHAN UTARAFM
MACAM BIASA JUGA BAH :)

Selamat bersembang bersama kami dan sesungguhnya kehadiran anda untuk bersama-sama kami di ruangan sembang ini amatlah dihargai. Anda boleh bercerita mengenai apa sahaja di ruangan ini asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kami tidak menggalakkan anda membuat permintaan lagu di sini disebabkan oleh kelajuan pergerakan akan menyebabkan permintaan anda terlepas pandang. Sila ke ruangan Permintaan Lagu .

Macam Biasa Juga Bah !!


CHATROLL UTARAFM 2

Saturday, February 15, 2014

AMIR (WARGA PAKISTAN) BEBAS DARIPADA TUDUHAN SEBABKAN KEMATIAN ADIK NORIKOH


13 Febuari 2014

Oleh John Charles Mitah Mikat

AMIR (WARGA PAKISTAN) BEBAS DARIPADA TUDUHAN SEBABKAN KEMATIAN ADIK NORIKOH

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen telah membebaskan Amir Ali Khan Nawaty, 40, daripada tuduhan yang menyebabkan kematian Adik Norikoh Saliwa, 16, di dalam sebuah lori di sepanjang Jalan KM2.8, Jalan Kota Marudu-Langkon antara pukul 11 pagi dan 12.30 tengah hari di Kota Marudu pada 25 November 2012.

Menurut Hakim Ishak Bakri, kecederaan yang dialami oleh Norikoh dan punca kematiannya dan setelah hakim meneliti semua bukti yang dikemukakan daripada 40 orang saksi, pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Amir Ali Khan.

Sementara itu, Ishak memerintahkan Amir dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana semasa
 dalam tahanan pasport Amir sudah 'Expire'.

KOMEN SAYA:

Saya, selaku orang yang bertanggungjawab untuk membawa pergi dan balik keluarga mendiang adik Norikoh dari Kampung Bombong 1, Kota Marudu ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. Sejak awal lagi sepanjang perbicaraan selama satu tahun tanpa mengira wang; masa; tenaga yang telah dilaburkan. Akhirnya pengadilan yang saya harapkan selama ini tidak memihak kepada mendiang adik Norikoh. Saya dan Tetuan Peter Marajin sebagai 'Watching Brief' dalam kes ini, merasakan sangat hampa dan amat kecewa kerana keadilan gagal membela orang kita, bangsa KDM walaupun ada beberapa saksi utama yang telah dihadapkan ke Mahkamah namun tidak dapat menyakinkan Hakim Ishak (pengganti Dunken).

Apa yang mendukacitakan saya, terus terang saya katakan, sepatutnya kes yang dikendalikan oleh Hakim Dunken Sikidol adalah orang yang bertanggungjawab untuk memutuskan 'Court Ruling' atau pendakwaan kes tersebut. Entah macam mana juga, secara kebetulan, sebelum Dunken sempat membuat keputusan beliau dengan tiba-tibanya dipindahkan ke Putrajaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.

Saya agak khuatir, walaupun Hakim Dunken Sikidol tidak berada di Sabah lagi, Hakim Ishak sebagai penggantinya (Hakim dari Malaya), sekurang-kurangnya ia dapat menyampaikan apa yang telah diputuskan oleh Hakim Dunken sebelumnya. Saya bingung, apakah penukaran Hakim orang Sabah ini secara kebetulan atau disebaliknya?

Walaupun keputusan Mahkamah saya anggap adalah suatu yang muktamad dan perlu dihormati, tetapi persoalannya, saya meragui Hakim Ishak telah memutuskan kes Norikoh ini tanpa mendengar sendiri atau menyaksikan kesemua 40 orang saksi yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Marudu, Inspektor Perikson Ubak yang beraksi sewaktu penghujahan dan semasa sesi soal jawab dalam Mahkamah. 

Ketika hakim memutuskan pendakwaan saya merasa hairan kenapa DNA yang telah dikesan pada bahan uji peluh yang diambil dari tombol tingkap bahagian penumpang lori adalah milik DNA Norikoh dan sampel rambut yang telah dianalisis menunjukkan DNA milik Amir Ali Khan Nawaty tidak disentuh? Tetapi mengapa pula Hakim percaya kepada saksi Mohd Ibrar pendatang asing dari Pakistan yang mengatakan bahawa lori yang dia nampak itu bukan lori Amir membawa mangsa? Sedangkan dia melihat lori itu dari jarak jauh kerana dia tinggal di rumah yang bersebelahan dengan jalan raya berbanding dengan Turagis (saksi utama) dan dua orang saksi lagi yang memandu kereta dan motorsikal masing-masing dari belakang lori tersebut? 

Untuk maklum, saksi Mohd Ibrar ini adalah saksi yang pada mulanya tidak tersenarai dalam lapuran polis. Sebab selepas kejadian, polis telah pergi mencari Ibrar di rumahnya tetapi orang rumah berkata Ibrar sudah balik kampung. Apabila pendakwaan sudah berjalan selama beberapa bulan kemudian disaat2 akhir barulah Mohd Ibrar muncul kerana dipanggil oleh Salim Khan Nawaty (abang Amir) dari Pakistan balik Sabah untuk memberi keterangan sebagai saksi apa yang dia nampak dan berlaku pada hari itu. Inipun Salim yang minta (melalui peguam bela kepada DPP) supaya Mohd Ibrar diberi keutamaan untuk membuat lapuran kepada pihak polis sebagai saksi kepada kejadian?

Seperkara lagi yang ingin saya kongsikan disini adalah, walaupun mungkin perkara ini tidak berkaitan dengan perbicaraan kes tetapi saya terkilan kerana semasa perbicaraan berjalan, bapa Norikoh Saliwa Madaya telah dirasuah oleh abang Amir, Salim Khan Nawaty di Kedai Karaci sebanyhak RM5,000 sebagai ganjaran untuk menarik balik kes Norikoh dan selebihnya RM20,000 akan dibayar kepada Saliwa seperti yang dijanjikan jika kes diberhentikan secara rasminya. Lantas pada 18 Jun 2013, saya dan peguam Peter Marajin telah membuat aduan polis di IPPD Karamunsing dan disusuli oleh Saliwa atas permintaan Pegawai Penyiasat polis pada hari yang berikutnya. Namun tindakan SPRM mengenai warga Pakistan yang memberi rasuah kepada Saliwa tidak ada khabar berita sehingga ke hari ini. Persoalan saya disini, adakah SPRM benar-benar menjalankan tanggungjawab sepertimana yang telah diamanahkan oleh mereka secara efficient? Kes ini adalah serius kerana melibatkan pendatang asing yang cuba memperdayakan bapa mangsa semasa pendakwaan berjalan ketika itu.

Walau bagaimanapun, Mahkamah memberi tempoh 30 hari untuk membuat rayuan, dan Raja Zaizul Faridah selaku Timbalan Pendakwa Raya telah memaklumkan Tetuan Peter Marajin, bahawa pihak peguam kanan persekutuan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Kesimpulannya, apa yang menyayat hati saya disini adalah selepas sahaja Hakim memutuskan bahawa Amir dibebaskan, Amir dan Abangnya Salim Khan Nawaty (juga dari Pakistan) yang mempunyai pasport dan IC Malaysia, tersenyum lebar seolah-olah tuduhan yang telah dibuat keatas Amir adalah disengajakan. Selain itu, saya juga kesal kerana melihat gelagat mereka seperti Sabah ini mereka yang punya, padahal mereka adalah pendatang asing dari Pakistan!

SAYA KECEWA DAN SEDIH PENDATANG ASING SUDAH MULA BERLAGAK DI BUMI SABAH!

pihak peguam kanan persekutuan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah dalam pembebasan Amir Ali Khan Nawaty


14 Febuari 2014

Oleh John Charles Mitah Mikat

UNTUK MAKLUMAN - KES ADIK NORIKOH

Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah telah memaklumkan kepada Tetuan Peter Marajin (sebagai 'Watching Brief' kepada mendiang adik Norikoh), bahawa pihak peguam kanan persekutuan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah dalam pembebasan Amir Ali Khan Nawaty pada 12 Febuari 2014, yang menyebabkan kematian Norikoh Saliwa, 16, di dalam sebuah lori di sepanjang Jalan KM2.8, Jalan Kota Marudu-Langkon antara pukul 11 pagi dan 12.30 tengah hari di Kota Marudu pada 25 November 2012.

Sementara itu, Amir direman selama 30 hari kerana memiliki 'pasport' yang sudah tamat tempoh.
 



BANJIR DI Beaufort,Tenom dan Keningau

Today, February 14, 2014 is a special historic day: (1) Our thoughts and prayers with the folks in Beaufort and many other areas which are affected by flood (2) It's the 15th day of Chinese New Year (Chap Goh Meh) that coincides with (3) Valentine's Day, this happens once every 19 years.
Seen here is the Chap Goh Mei celebration in Beaufort, 1960s.










 BANJIR: DI TV "NO BERITA"
( foto banjir Beaufort semalam dua lemas meninggal)

Apakah Sabah ini bukan bawah Malaysia?

Sabah ini memang macam anak yatim piatu tak dipeduli, tapi harta anak yatim habis dirampas.

Kalau di Malaya banjir maka macam2 berita dan ramai bantu, tapi di Tenom dan beaufort meski ada dua orang lemas/mati, TV tetap sunyi sepi seolah Sabahan dibuang ke tong sampah atau longkang.

Itupun rakyat Sabah masih tak fahamkah?

Credit by:ISMAILY BUNGSU





Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (Chap Goh Mei) pada 14hb Febuari 2014, jam 12.30 tengahari bertempat di Ibu Pejabat PBS.







Majlis penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada wakil Organisasi Ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah Tahun 2013

Majlis penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada wakil Organisasi Ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah Tahun 2013, Majlis penyampaian Geran MPMS Tahun 2014 kepada Organisasi Sukarela Kebajikan dan upacara memotong kek tahun baru cina ( Chap Goh Mei) tahun 2014, di sempurnakan oleh YB Datuk Hajah Jainab Binti Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah merangkap Presiden MPMS dan turut hadir bersama YB Pn Anita BarantingPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah merangkap Timbalan Presiden MPMS, jam 8.30 pagi pada 14hb Febuari 2014 bertempat di dewan MPMS.




Thursday, January 24, 2013




I don’t know where our life will take us. I don’t even know if we will end up together forever. But I promise to be by your side no matter what we have to face in life. Even if we are not physically together.… we will be together in thoughts. I am willing to go through anything for you but please don’t ever take my love for granted. Never let me down. Never break my heart. I love you without limitations with all my heart and soul....

Sunday, July 15, 2012

Transformasi UtaraFM Fasa ke II







Transformasi UtaraFM Fasa ke II


UtaraFM sedang dalam proses untuk memasuki fasa ke II program transformasinya. Antara program-program yang akan  dijalankan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut :-


1. Menyusun semula Jawatankuasa Pengurusan,   Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit UtaraFM


2. Membahagikan para penyampai kepada lima kumpulan untuk bersaing sesama sendiri ( Tahap 1 -  teknik, kefahaman sistem, kreativiti, kesesuaian lagu mengikut segmen dan pengendalian radio )


3. Meningkatkan lagi imej dan identiti korporat melalui pengiklanan nama, logo dan ciri-ciri visual organasasi.


4. Meneruskan siaran percubaan melalui frekuensi di setiap daerah untuk memastikan kekosongan slot dan peralatan yang diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk permohonan dan kelulusan lesen penyiaran UtaraFM.


5. Akan mengaktifkan semula aktiviti-aktiviti, peraduan-peraduan dan program-program yang telah dirancang pada tahun 2011.


6. Akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, NGO, stesen stesen radio berfrekuensi dan online.


7. Mengadakan seminar, bengkel dan kursus yang berkaitan dengan dunia penyiaran khas untuk para penyampai UtaraFM


8. Insentif dan imbuhan akan diberikan kepada semua para penyampai UtaraFM yang layak. Tertakluk kepada syarat-syarat serta terma yang telah ditetapkan dan juga komitmen yang ditunjukkan.



Ahli-Ahli Lembaga Penasihat UtaraFM

Penaung : - Tuan Haji Dr Janathan Kandok
Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri (Pengasas)
Encik Androd Sadian
Encik Mohd Khairul Abdullah
Encik Illie Jaymond
Encik Nordin Thani

Jawatankuasa Pengurusan

Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri (Pemasaran, Promosi Dan ICT)
Encik Mohd Khairul Abdullah (Pengurusan Dan Pemantauan)
Encik Illie Jaymond (Unit Siaran Luar Dan Kawalan Rancangan)
Encik Nordin Thani (Unit Khas, Operasi, Teknikal Dan Produksi)
Encik Denny Tsen (Ketua Penyampai Dan Hal Ehwal Semasa)

Ketua-Ketua Bahagian Dan Unit 

Ketua Penyampai : - DJ Siiputt
Penolong I  : - DJ Kupang
Penolong II : - DJ LM

Kumpulan Penyampai dan Jemputan

Kumpulan A : - DJ Siiputt (ketua), DJ Batman Dan DJ Pocoyo

Kumpulan B : - DJ Kupang (ketua), DJ Yann Dan DJ Awg Kimanis

Kumpulan C : - DJ Zack (ketua), DJ LM Dan DJ Lady

Kumpulan D : - DJ Isadee (ketua), DJ Oyen Dan DJ Jinnakal

Kumpulan E : - DJ Mamik (ketua), DJ Jinmanis Dan DJ Yun

Kumpulan Khas / Jawatankuasa Pengurusan : - DJ Rumput, DJ MKA, DJ Lugu Dan Nordin

TUMPANG LALU KIE © 2009 Template by: Blogspot Templates