CHATROLL UTARAFM

RADIO ONLINE SABAHAN UTARAFM
MACAM BIASA JUGA BAH :)

Selamat bersembang bersama kami dan sesungguhnya kehadiran anda untuk bersama-sama kami di ruangan sembang ini amatlah dihargai. Anda boleh bercerita mengenai apa sahaja di ruangan ini asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kami tidak menggalakkan anda membuat permintaan lagu di sini disebabkan oleh kelajuan pergerakan akan menyebabkan permintaan anda terlepas pandang. Sila ke ruangan Permintaan Lagu .

Macam Biasa Juga Bah !!


CHATROLL UTARAFM 2

Wednesday, October 13, 2010

PRO DAN KONTRA PENGGUNAAN MESIN ATM (CASH DEPOSIT MACHINE)


Hai semua salam sejahtera dan salam 1Malaysia, terima kasih kepada pihak SAM kerana sudi menjemput dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menyumbang atau berkongsi idea penulisan untuk blog SAM, buat pertama kalinya saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya berurusan di salah sebuah institusi kewangan (Bank) dan menggunakan kemudahan mesin mereka untuk memasukkan sejumlah wang, di jadikan cerita saya telah berjaya memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin tersebut tetapi tidak semua jumlah yang ingin saya masukkan (bank in) di terima oleh mesin tersebut walau pun wang / duit yang saya cuba masukkan itu masih baru dan tidak renyuk, jadi saya pun beralih ke kaunter untuk memasukkan wang yang selebihnya. Sila ikuti perbualan tersebut di bawah :-

Staff bank : kenapa?? saya tengok akaun ni ok saja tidak boleh kah masukkan wang ini di mesin lagi cepat. (sambil tekan keyboard)
Saya : memang lah akaun tu tiada masalah. (dalam hati tertanya tanya so what?? salah kah saya guna khidmat kaunter)
Staff bank : jadi kenapa tidak guna mesin saja? (tidak senyum pula tu buat muka tension adalah)
Saya : puan sebenarnya saya baru sahaja dari mesin. (rasa geram pun ada)
Staff bank : jadi apa masalah dia… mesin tu baru servis. (sambil key in kemasukkan wang)
Saya : puan saya pun tidak mahu buang masa lama berurusan di bank. (rasa bengang pun ada)
Staff bank : iya lah saya tahu… kami sebenarnya mahu galakkan orang awam guna mesin tersebut. (macam senyum sinis)
Saya : puan itu saya tahu dan faham… tapi macam mana juga kalau bukan semua note (wang) tu di telan oleh mesin… tengoh lah wang ni bukan pun renyuk tapi masih di tendang oleh mesin… mahu tidak mahu kena datang kaunter lah. (tahan marah ni tapi tetap senyum… huhu)
Staff bank : oh begitu… (terdiam terus)
Saya : (dalam hati baru tahu kah… ? isshh musykil juga… )
Staff bank: terima kasih… (sambil bagi slip bank)
Saya : sama sama… (senyum saja tapi dalam hati adesss bikin rosak mood bah tu staff)

Setelah siap urusan di kaunter saya pun beredar dari bank tersebut dengan perasaan atau mood geram, sepatutnya pekerja bank itu tidak banyak soal dan patut melayan pelanggan dengan mesra. Penggunaan mesin ATM di setiap institusi kewangan memang ada baik dan buruknya seperti mana yang saya alami, memang cepat dan senang dengan menggunakan mesin tersebut tetapi apabila wang yang kita cuba masukkan itu di tendang maka itu lah yang membuatkan kita terpaksa menggunakan khidmat kaunter dan kalau di fikir fikirkan ada lah lebih baik terus sahaja ke kaunter bukan kah begitu? Jimat masa dan tidak perlu buat dua kali kerja, dan saya percaya anda semua di luar sana juga pernah mengalami pengalaman seperti ini. Sekian sahaja dahulu perkongsian saya pada kali ini dan semoga jumpa di lain masa.

0 comments:

Post a Comment

TUMPANG LALU KIE © 2009 Template by: Blogspot Templates