CHATROLL UTARAFM

RADIO ONLINE SABAHAN UTARAFM
MACAM BIASA JUGA BAH :)

Selamat bersembang bersama kami dan sesungguhnya kehadiran anda untuk bersama-sama kami di ruangan sembang ini amatlah dihargai. Anda boleh bercerita mengenai apa sahaja di ruangan ini asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kami tidak menggalakkan anda membuat permintaan lagu di sini disebabkan oleh kelajuan pergerakan akan menyebabkan permintaan anda terlepas pandang. Sila ke ruangan Permintaan Lagu .

Macam Biasa Juga Bah !!


CHATROLL UTARAFM 2

Sunday, July 15, 2012

Transformasi UtaraFM Fasa ke II







Transformasi UtaraFM Fasa ke II


UtaraFM sedang dalam proses untuk memasuki fasa ke II program transformasinya. Antara program-program yang akan  dijalankan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut :-


1. Menyusun semula Jawatankuasa Pengurusan,   Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit UtaraFM


2. Membahagikan para penyampai kepada lima kumpulan untuk bersaing sesama sendiri ( Tahap 1 -  teknik, kefahaman sistem, kreativiti, kesesuaian lagu mengikut segmen dan pengendalian radio )


3. Meningkatkan lagi imej dan identiti korporat melalui pengiklanan nama, logo dan ciri-ciri visual organasasi.


4. Meneruskan siaran percubaan melalui frekuensi di setiap daerah untuk memastikan kekosongan slot dan peralatan yang diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk permohonan dan kelulusan lesen penyiaran UtaraFM.


5. Akan mengaktifkan semula aktiviti-aktiviti, peraduan-peraduan dan program-program yang telah dirancang pada tahun 2011.


6. Akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, NGO, stesen stesen radio berfrekuensi dan online.


7. Mengadakan seminar, bengkel dan kursus yang berkaitan dengan dunia penyiaran khas untuk para penyampai UtaraFM


8. Insentif dan imbuhan akan diberikan kepada semua para penyampai UtaraFM yang layak. Tertakluk kepada syarat-syarat serta terma yang telah ditetapkan dan juga komitmen yang ditunjukkan.



Ahli-Ahli Lembaga Penasihat UtaraFM

Penaung : - Tuan Haji Dr Janathan Kandok
Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri (Pengasas)
Encik Androd Sadian
Encik Mohd Khairul Abdullah
Encik Illie Jaymond
Encik Nordin Thani

Jawatankuasa Pengurusan

Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri (Pemasaran, Promosi Dan ICT)
Encik Mohd Khairul Abdullah (Pengurusan Dan Pemantauan)
Encik Illie Jaymond (Unit Siaran Luar Dan Kawalan Rancangan)
Encik Nordin Thani (Unit Khas, Operasi, Teknikal Dan Produksi)
Encik Denny Tsen (Ketua Penyampai Dan Hal Ehwal Semasa)

Ketua-Ketua Bahagian Dan Unit 

Ketua Penyampai : - DJ Siiputt
Penolong I  : - DJ Kupang
Penolong II : - DJ LM

Kumpulan Penyampai dan Jemputan

Kumpulan A : - DJ Siiputt (ketua), DJ Batman Dan DJ Pocoyo

Kumpulan B : - DJ Kupang (ketua), DJ Yann Dan DJ Awg Kimanis

Kumpulan C : - DJ Zack (ketua), DJ LM Dan DJ Lady

Kumpulan D : - DJ Isadee (ketua), DJ Oyen Dan DJ Jinnakal

Kumpulan E : - DJ Mamik (ketua), DJ Jinmanis Dan DJ Yun

Kumpulan Khas / Jawatankuasa Pengurusan : - DJ Rumput, DJ MKA, DJ Lugu Dan Nordin

0 comments:

Post a Comment

TUMPANG LALU KIE © 2009 Template by: Blogspot Templates