CHATROLL UTARAFM

RADIO ONLINE SABAHAN UTARAFM
MACAM BIASA JUGA BAH :)

Selamat bersembang bersama kami dan sesungguhnya kehadiran anda untuk bersama-sama kami di ruangan sembang ini amatlah dihargai. Anda boleh bercerita mengenai apa sahaja di ruangan ini asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kami tidak menggalakkan anda membuat permintaan lagu di sini disebabkan oleh kelajuan pergerakan akan menyebabkan permintaan anda terlepas pandang. Sila ke ruangan Permintaan Lagu .

Macam Biasa Juga Bah !!


CHATROLL UTARAFM 2

Saturday, February 15, 2014

AMIR (WARGA PAKISTAN) BEBAS DARIPADA TUDUHAN SEBABKAN KEMATIAN ADIK NORIKOH


13 Febuari 2014

Oleh John Charles Mitah Mikat

AMIR (WARGA PAKISTAN) BEBAS DARIPADA TUDUHAN SEBABKAN KEMATIAN ADIK NORIKOH

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen telah membebaskan Amir Ali Khan Nawaty, 40, daripada tuduhan yang menyebabkan kematian Adik Norikoh Saliwa, 16, di dalam sebuah lori di sepanjang Jalan KM2.8, Jalan Kota Marudu-Langkon antara pukul 11 pagi dan 12.30 tengah hari di Kota Marudu pada 25 November 2012.

Menurut Hakim Ishak Bakri, kecederaan yang dialami oleh Norikoh dan punca kematiannya dan setelah hakim meneliti semua bukti yang dikemukakan daripada 40 orang saksi, pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Amir Ali Khan.

Sementara itu, Ishak memerintahkan Amir dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana semasa
 dalam tahanan pasport Amir sudah 'Expire'.

KOMEN SAYA:

Saya, selaku orang yang bertanggungjawab untuk membawa pergi dan balik keluarga mendiang adik Norikoh dari Kampung Bombong 1, Kota Marudu ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. Sejak awal lagi sepanjang perbicaraan selama satu tahun tanpa mengira wang; masa; tenaga yang telah dilaburkan. Akhirnya pengadilan yang saya harapkan selama ini tidak memihak kepada mendiang adik Norikoh. Saya dan Tetuan Peter Marajin sebagai 'Watching Brief' dalam kes ini, merasakan sangat hampa dan amat kecewa kerana keadilan gagal membela orang kita, bangsa KDM walaupun ada beberapa saksi utama yang telah dihadapkan ke Mahkamah namun tidak dapat menyakinkan Hakim Ishak (pengganti Dunken).

Apa yang mendukacitakan saya, terus terang saya katakan, sepatutnya kes yang dikendalikan oleh Hakim Dunken Sikidol adalah orang yang bertanggungjawab untuk memutuskan 'Court Ruling' atau pendakwaan kes tersebut. Entah macam mana juga, secara kebetulan, sebelum Dunken sempat membuat keputusan beliau dengan tiba-tibanya dipindahkan ke Putrajaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.

Saya agak khuatir, walaupun Hakim Dunken Sikidol tidak berada di Sabah lagi, Hakim Ishak sebagai penggantinya (Hakim dari Malaya), sekurang-kurangnya ia dapat menyampaikan apa yang telah diputuskan oleh Hakim Dunken sebelumnya. Saya bingung, apakah penukaran Hakim orang Sabah ini secara kebetulan atau disebaliknya?

Walaupun keputusan Mahkamah saya anggap adalah suatu yang muktamad dan perlu dihormati, tetapi persoalannya, saya meragui Hakim Ishak telah memutuskan kes Norikoh ini tanpa mendengar sendiri atau menyaksikan kesemua 40 orang saksi yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Marudu, Inspektor Perikson Ubak yang beraksi sewaktu penghujahan dan semasa sesi soal jawab dalam Mahkamah. 

Ketika hakim memutuskan pendakwaan saya merasa hairan kenapa DNA yang telah dikesan pada bahan uji peluh yang diambil dari tombol tingkap bahagian penumpang lori adalah milik DNA Norikoh dan sampel rambut yang telah dianalisis menunjukkan DNA milik Amir Ali Khan Nawaty tidak disentuh? Tetapi mengapa pula Hakim percaya kepada saksi Mohd Ibrar pendatang asing dari Pakistan yang mengatakan bahawa lori yang dia nampak itu bukan lori Amir membawa mangsa? Sedangkan dia melihat lori itu dari jarak jauh kerana dia tinggal di rumah yang bersebelahan dengan jalan raya berbanding dengan Turagis (saksi utama) dan dua orang saksi lagi yang memandu kereta dan motorsikal masing-masing dari belakang lori tersebut? 

Untuk maklum, saksi Mohd Ibrar ini adalah saksi yang pada mulanya tidak tersenarai dalam lapuran polis. Sebab selepas kejadian, polis telah pergi mencari Ibrar di rumahnya tetapi orang rumah berkata Ibrar sudah balik kampung. Apabila pendakwaan sudah berjalan selama beberapa bulan kemudian disaat2 akhir barulah Mohd Ibrar muncul kerana dipanggil oleh Salim Khan Nawaty (abang Amir) dari Pakistan balik Sabah untuk memberi keterangan sebagai saksi apa yang dia nampak dan berlaku pada hari itu. Inipun Salim yang minta (melalui peguam bela kepada DPP) supaya Mohd Ibrar diberi keutamaan untuk membuat lapuran kepada pihak polis sebagai saksi kepada kejadian?

Seperkara lagi yang ingin saya kongsikan disini adalah, walaupun mungkin perkara ini tidak berkaitan dengan perbicaraan kes tetapi saya terkilan kerana semasa perbicaraan berjalan, bapa Norikoh Saliwa Madaya telah dirasuah oleh abang Amir, Salim Khan Nawaty di Kedai Karaci sebanyhak RM5,000 sebagai ganjaran untuk menarik balik kes Norikoh dan selebihnya RM20,000 akan dibayar kepada Saliwa seperti yang dijanjikan jika kes diberhentikan secara rasminya. Lantas pada 18 Jun 2013, saya dan peguam Peter Marajin telah membuat aduan polis di IPPD Karamunsing dan disusuli oleh Saliwa atas permintaan Pegawai Penyiasat polis pada hari yang berikutnya. Namun tindakan SPRM mengenai warga Pakistan yang memberi rasuah kepada Saliwa tidak ada khabar berita sehingga ke hari ini. Persoalan saya disini, adakah SPRM benar-benar menjalankan tanggungjawab sepertimana yang telah diamanahkan oleh mereka secara efficient? Kes ini adalah serius kerana melibatkan pendatang asing yang cuba memperdayakan bapa mangsa semasa pendakwaan berjalan ketika itu.

Walau bagaimanapun, Mahkamah memberi tempoh 30 hari untuk membuat rayuan, dan Raja Zaizul Faridah selaku Timbalan Pendakwa Raya telah memaklumkan Tetuan Peter Marajin, bahawa pihak peguam kanan persekutuan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Kesimpulannya, apa yang menyayat hati saya disini adalah selepas sahaja Hakim memutuskan bahawa Amir dibebaskan, Amir dan Abangnya Salim Khan Nawaty (juga dari Pakistan) yang mempunyai pasport dan IC Malaysia, tersenyum lebar seolah-olah tuduhan yang telah dibuat keatas Amir adalah disengajakan. Selain itu, saya juga kesal kerana melihat gelagat mereka seperti Sabah ini mereka yang punya, padahal mereka adalah pendatang asing dari Pakistan!

SAYA KECEWA DAN SEDIH PENDATANG ASING SUDAH MULA BERLAGAK DI BUMI SABAH!

0 comments:

Post a Comment

TUMPANG LALU KIE © 2009 Template by: Blogspot Templates